Monday, May 3, 2010

Krayon 15

Sampai ke kelas, Ikhwan hanya mengambil Qurannya,2 keping duit kertas RM1, dan botol air.. Rakan-rakan yang lain dah keluar rehat..
Dan mindmap Sajjidah dia letakkan di bawah meja.. Dia ingin bertanya pada Sajjidah sebentar lagi, InsyaAllah..

“Sajjidah, ni Cikgu Mar bagi, dia kata bagus..,” No response..
Roll-roll kertas diletakkan perlahan di atas meja gadis itu..
‘Erm, minta izin nak bertanya..?,”kalut dibuatnya, tapi nak tahu juga tak kira..
Gadis itu mengangguk perlahan tanpa mengangkat mukanya..
“Ni Sajjidah buat ke? Cantik..,” Tu pertanyaan ke pujian ke dua-dua, ke makian, sindiran, ke, ish apa pikir jauh sangat ni.. Wait, cmne dia boleh tau cantik tak cantik?
“Anta tengok? Bagaimana?,”Lembut rudum suara gadis itu mencecah telinganya.. Allah, marah ke?
“Ye, tadi Cikgu Mar kata kat ana better ana tengok, untuk ambil ibrah.. Dan memang ana terkejutlah….,” terputus kat situ memandangkan Ustaz Adil dah masuk untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran hari itu..
‘Dia tengok mindmap aku? Tak gemor betuilah..’ monolog Sajjidah sendirian sambil membelek muka surat yang diberitahu Ustaz Adil..
‘Ish, cam tak puas hati je.. Tapi takkan ukhti tu marah kot? Ana bertanya je.. Takpelah.. Dia berhak atas barang kepunyaannya, Semua kembali pada Allah..’ kata hati Ikhwan..dan dia turut bersedia memulakan pelajarannya..

Friday, April 2, 2010

Krayon 14

“InsyaAllah, saya minta kamu siapkan report biologi kamu ni dan hantar pada saya hari Rabu sebelum pukul 5 petang ye? Macam biasa, jangan lupa tandatangan selepas hand in report kamu tu.. Minggu ni sahaja ada 3 orang yang terpaksa saya cut 2 markah report sebab takde bukti mereka hantar sendiri report tu.. Man jadda wa jadda, wa man zaro’a khosada aiwa.. Sapa yang berusaha akan berjaya, dan siapa yang menanam akan mendapat hasilnya.. Sebelum tu, Ikhwan, kamu ikut ke meja saya, ambil report minggu lepas ye?” ujar cikgu Mardhiah.
“InsyaAllah cikgu, in that case, biar saya tolong bawakan buku-buku dan barang-barang ni teruslah cikgu..”Ujar Ikhwan, si Ketua Kelas, eh Erm, Ketua Tingkatan, ye kot, class representativelah..
“InsyaAllah, kita jumpa hari Khamis ni InsyaAllah, sehingga hari itu, cikgu harap kamu jaga diri baik-baik dan sentiasa bermuhasabah diri.. Assalamualaikum..,” Itulah cikgu Mardhiah, kalau tanya ngan para senior, ni antara cikgu yang digemari..
Aku pun kagum ngan dia ni, muka tenang semedang, ikut petua dia, macam biasalah, solat malam… Hm memanglah.. Eh, Allah,lupa aku nak tanya pasal mindmap aku..

“Ikhwan, tolong berikan ni pada Sajjidah ye? Cakap kat dia bagus.. Kirim salam juga pada dia.. Terima kasih Ikhwan..,” Cikgu Mardhiah menyerahkan beberapa roll kertas kepadanya..
“InsyaAllah cikgu, tapi maaf saya bertanya, apakah ini?”soal Ikhwan ingin tahu.. Pelik je dah macam budak sains teknikal punye gumpal kertas je…
“Mindmap dia. Cikgu rasa boleh je kalau Ikhwan nak tengok ambil ibrah.. Bagus, clear dan menarik..,” ujar cikgu Mardhiah sambil tersenyum nipis.
“Terima kasih cikgu, saya balik ke kelas dulu ye? Assalamualaikum..,” Dalam perjalanan pulang ke kelas, Ikhwan meng-unwind roll kertas tu, dan freeze! Biar benar, budak Sajjidah ni.. ada ke, wush, tak wajar, ni mindmap ke, artpiece nak papar kat muzium seni Negara? Sangat-sangatla lawa.. ada gambar skeleton berlatarbelakangkan proses kejadian janin.. Gila lah, 2 mindmap satu paper, denagan warna yang mangai, haru biru tullah.... Sajjidah? Dia punya ke?

Thursday, April 1, 2010

Krayon 13

Tapi aku tahu, benda ni takdelah teruk sangat if Angah ada… Angah aku hilang…
Dia further studies kat France dalam Designing dan dalam dia belajar tu kami dapat berita dia hilang time buat fieldwork kat sana dengan sahabatnya. Hilang tiba-tiba time pesta cahaya dekat menara Iffel tu.. dan sejak tu hampir 2 tahun, tak de berita pasal dia.. Mana Angah ni..
Dah bermacam usaha diambil, sampaikan Abi and Umi dah pergi ke France tu, duduk lebih 2 bulan dalam usaha menjejak Angah.. Tapi in vain.. Angah, dirisaukan dilarikan ke, yang buruk-buruk je..
Bagi Umi, takdir dah menetapkan kami terpisah seketika di dunia ni, tapi sentiasa berharap dapat bersatu balik nanti, tak kat sini kat sana nanti..
Tapi bagi Abi, art ni memang tak mendatangkan manfaat.. kalau tak sebab Angah mesti sebab lain..
Dah 2 tahun hampir 3 tahun dah pun, tapi still tak jumpa… Rindu Angah.. Dalam tanpa sedar, langkah diatur menuju tangga kambing menelusuri keadaan sebenar..
Tapi, as expected.. musnah,punah,hancur, lebur… Tapi, takpe, takkan nak berhenti je kot.. Bagus juga kalau ia luntur, in case ada yang perasan masuk bulletin sekolah pulak kang, dan lebih teruk if….Xmao fikirlah…
Hm, nak balik dorm lah..nak qoilullah jap. Malam sat lagi senang nak bangun dating..

Krayon 12

Rasanya nak menuju ke port nak survey masterpiece aku tu..apalah jadinya pas ‘storm’ malam tadi, kira storm la sebab itu berkenaan MASTERPIECE aku..!
Kalau ikutkan lah, memang tak berapa minat sains stream ni, memang minat sangat sketch and draw since primary.. Apatah lagi colour and febbles dalam art.. After PMR ingat nak further dalam art stream, tapi Abi dan Umi nak sangat dia struggle to be a doctor… Impian yang konon kalau nak struggle sikit bolehnye lah.. Boleh tapak kasut! Ingat senang ke nak lalui sciece stream sambil terdera jiwa raga kena korbankan art.. Tapi kira Alhamdulillah lah, Abi and Umi still kasi dia amik paper art next year, even tahun ni tak de ditawarkan, tapi bila di survey, kata principal kata ada ditawarkan sewaktu tingkatan lima. Jadi ready je.. Tapi Abi dah kata awal-awal, just amik paper tu only for SPM, not for life.. jangan buat kerjaya seni-seni ni.. takde masa depan.. Katanya..

Krayon 11

Amri berjalan santai menuju ground.. Hari ni hari Sabtu, baru je usai usrah tadi yang dia terasa nak makan aiskrim sebelum gi kelas untuk study kul sebelas jap gi.. Hm dapat aiskrim potong ni memang masyuk lah… Aku kalau dapat aiskrim koperasi yang satu ni memang lepaskan segala-galanya lah hai… Kalau orang lain pi la tengok tv ke, main bola ke, badminton, jutaria?,chess dan ntahapaapantah lagi untuk lepas tension tapi akulah dapat ais krim sepotong nilah, dah kira heaven tuu.. memang heaven, mana nak lepak ni?

Kaki melangkah santai mencari port, dan port pilihannya hari ni hihii mendekati port scene yang berlaku semalam, ha ah lah art piece minah tu… Sajjidah…
Isey..bila melihatkan coretan krayon semalam yang indah lagi real tu kini comot terluntur oleh aliran hujan lebat bak air terjun bertingkat di tangga kambing, even bukan dia yang punya artpiece tu,tapi ada juga terselit rasa sedih dan haru bila melihat natijah artpiece tu dibantai hujan.. Apatah lagi tuan punya artpiece kan? Hailoh.. Agaknya Sajjidah dah nampak ke belum art piece tu..

Allah, dalam tak sedar dah lewat dah ni jap g nak lunch ngan Azim pastu direct g musolla.. Kaki dilangkah menuju kelas Ibnu Sina.
*

Krayon 10

“Assalamualaikum sohibati yang ana sayangi.. Kaifa halukum?,”
“Alhamdulillah, nahnu bikhoir..Wa anti?,” Selepas berbalas-balas khabar antara akhowat, pengisian mereka dimulakan.. Perbahasaan antara mereka mudah, menggunakan bahasa Malaysia di selitkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab asas yang amat mudah, memandangkan bukan semua ahli usrah ini terdiri daripada aliran sains agama.. Dan dia juga hanya belajar sedikit dari Along, Abi dan Uminya.. Dan kalau nak diikutkan dia pun tak berpeluang menagmbil subjek bahasa Arab komunikasi sewaktu PMR dulu dan dirasakan itu amat-amat merugikan.. Sayang.. Bahasa Arab kan bahasa Al Quran.
Kalau ikutkan, memang terkilan tak masuk sekolah agama since Form 1 tapi aturan Allah tu kan indah, sekarang dia di SAA. Dan Bahasa Arab asas menjadi kewajipan bagi semua pelajar walaupun bukan berorientasikan SPM.
Dan usrah hari tu tetap juga berjalan seperti biasa.