Friday, April 2, 2010

Krayon 14

“InsyaAllah, saya minta kamu siapkan report biologi kamu ni dan hantar pada saya hari Rabu sebelum pukul 5 petang ye? Macam biasa, jangan lupa tandatangan selepas hand in report kamu tu.. Minggu ni sahaja ada 3 orang yang terpaksa saya cut 2 markah report sebab takde bukti mereka hantar sendiri report tu.. Man jadda wa jadda, wa man zaro’a khosada aiwa.. Sapa yang berusaha akan berjaya, dan siapa yang menanam akan mendapat hasilnya.. Sebelum tu, Ikhwan, kamu ikut ke meja saya, ambil report minggu lepas ye?” ujar cikgu Mardhiah.
“InsyaAllah cikgu, in that case, biar saya tolong bawakan buku-buku dan barang-barang ni teruslah cikgu..”Ujar Ikhwan, si Ketua Kelas, eh Erm, Ketua Tingkatan, ye kot, class representativelah..
“InsyaAllah, kita jumpa hari Khamis ni InsyaAllah, sehingga hari itu, cikgu harap kamu jaga diri baik-baik dan sentiasa bermuhasabah diri.. Assalamualaikum..,” Itulah cikgu Mardhiah, kalau tanya ngan para senior, ni antara cikgu yang digemari..
Aku pun kagum ngan dia ni, muka tenang semedang, ikut petua dia, macam biasalah, solat malam… Hm memanglah.. Eh, Allah,lupa aku nak tanya pasal mindmap aku..

“Ikhwan, tolong berikan ni pada Sajjidah ye? Cakap kat dia bagus.. Kirim salam juga pada dia.. Terima kasih Ikhwan..,” Cikgu Mardhiah menyerahkan beberapa roll kertas kepadanya..
“InsyaAllah cikgu, tapi maaf saya bertanya, apakah ini?”soal Ikhwan ingin tahu.. Pelik je dah macam budak sains teknikal punye gumpal kertas je…
“Mindmap dia. Cikgu rasa boleh je kalau Ikhwan nak tengok ambil ibrah.. Bagus, clear dan menarik..,” ujar cikgu Mardhiah sambil tersenyum nipis.
“Terima kasih cikgu, saya balik ke kelas dulu ye? Assalamualaikum..,” Dalam perjalanan pulang ke kelas, Ikhwan meng-unwind roll kertas tu, dan freeze! Biar benar, budak Sajjidah ni.. ada ke, wush, tak wajar, ni mindmap ke, artpiece nak papar kat muzium seni Negara? Sangat-sangatla lawa.. ada gambar skeleton berlatarbelakangkan proses kejadian janin.. Gila lah, 2 mindmap satu paper, denagan warna yang mangai, haru biru tullah.... Sajjidah? Dia punya ke?

Thursday, April 1, 2010

Krayon 13

Tapi aku tahu, benda ni takdelah teruk sangat if Angah ada… Angah aku hilang…
Dia further studies kat France dalam Designing dan dalam dia belajar tu kami dapat berita dia hilang time buat fieldwork kat sana dengan sahabatnya. Hilang tiba-tiba time pesta cahaya dekat menara Iffel tu.. dan sejak tu hampir 2 tahun, tak de berita pasal dia.. Mana Angah ni..
Dah bermacam usaha diambil, sampaikan Abi and Umi dah pergi ke France tu, duduk lebih 2 bulan dalam usaha menjejak Angah.. Tapi in vain.. Angah, dirisaukan dilarikan ke, yang buruk-buruk je..
Bagi Umi, takdir dah menetapkan kami terpisah seketika di dunia ni, tapi sentiasa berharap dapat bersatu balik nanti, tak kat sini kat sana nanti..
Tapi bagi Abi, art ni memang tak mendatangkan manfaat.. kalau tak sebab Angah mesti sebab lain..
Dah 2 tahun hampir 3 tahun dah pun, tapi still tak jumpa… Rindu Angah.. Dalam tanpa sedar, langkah diatur menuju tangga kambing menelusuri keadaan sebenar..
Tapi, as expected.. musnah,punah,hancur, lebur… Tapi, takpe, takkan nak berhenti je kot.. Bagus juga kalau ia luntur, in case ada yang perasan masuk bulletin sekolah pulak kang, dan lebih teruk if….Xmao fikirlah…
Hm, nak balik dorm lah..nak qoilullah jap. Malam sat lagi senang nak bangun dating..

Krayon 12

Rasanya nak menuju ke port nak survey masterpiece aku tu..apalah jadinya pas ‘storm’ malam tadi, kira storm la sebab itu berkenaan MASTERPIECE aku..!
Kalau ikutkan lah, memang tak berapa minat sains stream ni, memang minat sangat sketch and draw since primary.. Apatah lagi colour and febbles dalam art.. After PMR ingat nak further dalam art stream, tapi Abi dan Umi nak sangat dia struggle to be a doctor… Impian yang konon kalau nak struggle sikit bolehnye lah.. Boleh tapak kasut! Ingat senang ke nak lalui sciece stream sambil terdera jiwa raga kena korbankan art.. Tapi kira Alhamdulillah lah, Abi and Umi still kasi dia amik paper art next year, even tahun ni tak de ditawarkan, tapi bila di survey, kata principal kata ada ditawarkan sewaktu tingkatan lima. Jadi ready je.. Tapi Abi dah kata awal-awal, just amik paper tu only for SPM, not for life.. jangan buat kerjaya seni-seni ni.. takde masa depan.. Katanya..

Krayon 11

Amri berjalan santai menuju ground.. Hari ni hari Sabtu, baru je usai usrah tadi yang dia terasa nak makan aiskrim sebelum gi kelas untuk study kul sebelas jap gi.. Hm dapat aiskrim potong ni memang masyuk lah… Aku kalau dapat aiskrim koperasi yang satu ni memang lepaskan segala-galanya lah hai… Kalau orang lain pi la tengok tv ke, main bola ke, badminton, jutaria?,chess dan ntahapaapantah lagi untuk lepas tension tapi akulah dapat ais krim sepotong nilah, dah kira heaven tuu.. memang heaven, mana nak lepak ni?

Kaki melangkah santai mencari port, dan port pilihannya hari ni hihii mendekati port scene yang berlaku semalam, ha ah lah art piece minah tu… Sajjidah…
Isey..bila melihatkan coretan krayon semalam yang indah lagi real tu kini comot terluntur oleh aliran hujan lebat bak air terjun bertingkat di tangga kambing, even bukan dia yang punya artpiece tu,tapi ada juga terselit rasa sedih dan haru bila melihat natijah artpiece tu dibantai hujan.. Apatah lagi tuan punya artpiece kan? Hailoh.. Agaknya Sajjidah dah nampak ke belum art piece tu..

Allah, dalam tak sedar dah lewat dah ni jap g nak lunch ngan Azim pastu direct g musolla.. Kaki dilangkah menuju kelas Ibnu Sina.
*

Krayon 10

“Assalamualaikum sohibati yang ana sayangi.. Kaifa halukum?,”
“Alhamdulillah, nahnu bikhoir..Wa anti?,” Selepas berbalas-balas khabar antara akhowat, pengisian mereka dimulakan.. Perbahasaan antara mereka mudah, menggunakan bahasa Malaysia di selitkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab asas yang amat mudah, memandangkan bukan semua ahli usrah ini terdiri daripada aliran sains agama.. Dan dia juga hanya belajar sedikit dari Along, Abi dan Uminya.. Dan kalau nak diikutkan dia pun tak berpeluang menagmbil subjek bahasa Arab komunikasi sewaktu PMR dulu dan dirasakan itu amat-amat merugikan.. Sayang.. Bahasa Arab kan bahasa Al Quran.
Kalau ikutkan, memang terkilan tak masuk sekolah agama since Form 1 tapi aturan Allah tu kan indah, sekarang dia di SAA. Dan Bahasa Arab asas menjadi kewajipan bagi semua pelajar walaupun bukan berorientasikan SPM.
Dan usrah hari tu tetap juga berjalan seperti biasa.

Krayon 9

Kesemua mata memandang ke arahnya, wajah yang tenang dan sentiasa tersenyum itu, turut meneliti kesemua wajah-wajah itu yang akhirnya masing-masing turut tersenyum.. Yakin..
“Akhowat uhibbukum fillah, insyaAllah, ingin ana berpesan pada antunna semua juga kepada diri ana, muliakanlah akhlakmu di depan para manusia bahkan lebih lagi di hadapan Allah.. Selidiki musykillah para anak usrah dan catatkan yang sewajarnya jika perlu disyurokan, dan bajakan tanaman ukhuwah dan akhlak muslimah dalam diri mereka ya?” Bibir itu setakat ini tak pernah lekang daripada nasihat..
“Ana ada sediakan 2 risalah minggu ini, jadi antunna ambil dan edarkannya pada semua anak usrah ya? Dan jangan lupa catat kedatangan,” Yang termampu untuk diingatnya disampaikannya….

Krayon 8

Tepat pukul 3:45 dinihari, dia terjaga dengan automatic.. usai memakai tudung dan menyarung stoking langkah diatur ke musolla blok.. Yang pasti di sana mungkin sudah ada sahabat yang mula sujud kepadaNYA..
Pili air dipulas, memuntahkan air yang dapat digunakan untuk memberus gigi dan berwuduk. Tadi tak ternampak Qibti, mungkin lewat sikit hari ni.. Dia off hari ni..
Hari ni, Sabtu, cuti tapi pukul 9 pagi sat lagi ada usrah perdana.. Lepas qiam ni, sebelum masuk fardhu Subuh, akan ada sikit briefing daripada Kak Mawar,, akan pengisian hari ni, Ketua Badar Muslimat itu amat dihormati dalam kalangan akhowat musolla kerana ketegasan dalam kelembutannya, bahkan dia turut menyimpan niat untuk menelusuri teladan ukhti tu satu hari nanti, insyaAllah..
Hari ini, sujudnya panjang, sujudnya mengenang akan cinta Rabbnya.. Cinta yang tak pernah kurang apatahlagi pudar, sujud yang mengeluh akan kelemahan penghidupan dan methode perjalanan, sujud yang menggarap doa terhadap kedua orang tuanya, kejayaan adik-adik, keselamatan dunia akhirat dan kekuatan meneruskan usaha dalam perjalanannya, sujud yang menangisi kehilangan Angahnya..Hanya ditujukan kepada Rabbnya. Moga Allah melindungimu Angah di mana pun Angah berada..

“InsyaAllah, ya akhowat uhibbukum fillah, para naqibah yang ana hormati, untuk pengisian hari ni, kita akan sampaikan tentang niat ikhlas dan akan turut membedah Surah AlHujuurat, 49, ayat 10, iaitu pengisian yang telah kita terima daripada para Murobbiah masing-masing dua minggu lepas, namun jika antunna ada apa-apa persoalan berbangkit boleh bertanya pada, Ustazah Asmahan. hm, sedikit penambahan di sini, turut maklumkan anak usrah antunna akan program Sehari Bersama Mengenali Sahabat yang akan diadakan pada Ahad minggu hadapan. Butiran program telah ana print dan fotocopykan nanti ana akan distribute pada antunna ye?,”matanya meneliti satu persatu wajah sahabatnya pada pagi itu.. Dalam wajah yang pucat akibat kesejukan itu, ada sinar yang terpancar dari sujud tahajud mereka. Walaupun tidak dianugerahi keistimewaan membaca perwatakan orang namun, tidak perlu belajar sampai ke Auckland untuk meneka rasa tawadhuk dalam wajah-wajah tersebut.. Bagi yang uzur, lidah turut tak lekang daripada kalimah tasbih dan tahmid.. Alhamdulillah…
“InsyaAllah, ada persoalan ya ukhti fillah?,”soalnya melihat sohibati yang tekun meneliti butiran program yang diedarkan sebentar tadi.

Krayon 7

Sajjidah, hujan malam ni.. Apalah jadi pada art minah tu agaknya?

Sajjidah, 4 bulan lalu ketika dia dan rakan-rakan baru melangkah ke tingkatan empat di SAA ni, dia dan Sajjidah turut ditempatkan dalam satu kelas yang sama, aliran sains tulen, Ibnu Khaldun 1, tapi umi dulu pernah berpesan mahu dia meneruskan aliran agamanya jadi dia mohon transfer ke Ibnu Sina selepas seminggu di Ibnu Khaldun 1, dan sempat juga dia mengintai peribadi seorang Sajjidah di taman larangan.. Moga Allah menjaga hambaNya yang leka ini daripada terjatuh ke kancah yang gelap.. Nauzubillah…

Cuma hari ini, apa yang dapat dilihatnya akan perlakuan si gadis sebentar tadi macam tak tally pada Sajjidah yang memanglah agak kurang dikenali tapi tak perlu further studies sampai ke Auckland untuk mengagak persis apa perangai gadis yang seorang tu kan?
Secretive,pemalu, hm actually tak berapa kenal sangat pun…

Biar diperah-perah akal memang tak boleh nak terima yang orang yang dilihat di tangga kambing petang tadi adalah Sajjidah.. Dengan Art? Hello, Art and science cube bayangkan, macam susah je nak selarikan.. Ke dia bukan Sajjidah? Ish takkanlah… Ish Astaghfirullah…dah pukul berapa ni, tak boleh jadi ni, Nauzubillah, asyik teringat kepada yang bukan muhrim ni kenapa Amrillah? Nak tilawah japlah, masalah hati ni..

Dan usai menyiapkan apa yang patut, dia pun melabuhkan tirai hari ni untuk bersedia menyambut tirai hari esok..
Dengan tahajud..

Krayon 6

Dalam perjalanan pulang ke aspuri tu, Qibti, merencanakan sesuatu bersama Sajjidah berkenaan sohibati mereka.. Dalam Ibnu Khaldun 1, boleh dikatakan hanya dia dan Sajjidah yang berona Islami..sikitlah..yang lain mungkin belum tiba lagi, tengah loading kata orang..

“Ukhti, ana rasalah macam tak berkesan sangat pendekatan kita yang pertama tu.. ana rasa kita try plan B kot, kalau tak dapat ajak akhowat, kita ajak ikhwah.. Bunyi macam haru, kena guna methode yang betul lah..,”usul Qibti,Sajjidah diam mendengar. Bukan caranya memotong percakapan orang sesuka hati..
“Apa pendapat ukhti?,” Sajjidah, Nurul Ilmi Sajjidah AlMansoori… Memang geliga dengan idea,juga ligat dalam bertindak, kadang-kadang bila awan biru datang menjenguk dia dah tak pandang dah gambar rajah skeleton favourite yang terlakar dalam planner tu..sebaliknya akan kidnap krayon dia dan tetiba hilang kemana-mana ntah.. bila balik je ada je kertas A3 yang dah terlakar.. selalunye dialah yang akan menjadi penunggu kertas A3 tu, dia ni natural born artist tahu…
“Pada pendapat ana Qibti, kita go on dulu ngan plan kita yang sedia ada ni, sebab, ana rasa ada je progress pada akhowat kita, kalau anti tengok Ani,Iffah,Tisam,Juai dah selalu nampak kat musolla dah, dalam kelas pun dah berpada.. sekarang ana tengok, Tisam dan Juai, dah start pakai handsock bila turun banquet, sedangkan Ani dan Iffah lagi improve, mereka dah register under sukarelawan TiKAAyT[Titian Kasih Anak-anak Yatim] under BADAR. Ana gembira begitu.. Kalau ikutkan Imra dah pun konsisten taklim musolla, halaqoh wajib mingguan dia memang on lah.. InsyaAllah.. untuk Imra kena dampingi rapat lagi lah, ikat hati.. Yang mungkin kena usaha further lagi, Isma dan rakan-rakan, ana rasa Ezaura tu, dah lembut dah tu hatinya, tapi sebab kawan dia ignore je.. Hm, ana rasa kita go on je.. Dan ana tak rasa kalau kita ubah focus pada ikhwah itu akan memudahkan kita bahkan sebaliknya, ana tak rasa itu turut berbaloi..tapi itu pendapat ana ya ukhti, anti berhak juga didengari..,” Hm, macam professional pun ada aku ni, sapa kata aku ignorance? Know enough for not to be an ignorance..:-)
“Wah, ukhti, ana tak sangka, dan ana pun tak berapa peka pasal perubahan Tisam dan Juai..Ana xperasan pun, tapi pasal Ezaura memang ana perasanlah yang dia pun ada aura nak join the krew tapi prohibited..Hm, kalau gitu ana rasa kita setuju dengan pendapat anti lah, go on je, plus extra observation on subject..hehe..macam mana nak tarik Ezaura?,” Focus baru..
“Ana rasa kita perlu lebih dekat dengan dia, ana cadangkan apa kata esok kita ajak dia lunch kat banquet sama-sama nak?,”Usul Sajjidah mentah, hakikatnya ada lagi yang bersarang di sebalik kata-katanya tu..
“Tapi ukhti, mereka bertiga, macam tak wajar je nak ajak Ezaura seorang..,” Hm..
“Ana xmaksudkan kita ajak Ezaura sahaja dan ana kurang yakin yang dia akan follow kita, apa yang ana maksudkan, kita yang perlu buat-buat terlunch dengan mereka bertiga.. Alang-alang focus, biar sekaligus, rezeki kita, kalau semua turut terikat nanti, insyaAllah, hanya Allah je yang tahu..
“Macam mana nak buat-buat terlunch tu?,”
Hm begitulah sehariannya, mereka sangat jarang membiarkan masa yang berlalu dalam kalangan mereka terisi dengan perbualan lagha, sebaliknya cube berinovasi dengan idea pembangunan maslahah umat, dalam skop yang lebih serius dalam kalangan rakan sekelas.. InsyaAllah, mujahidah Islam sejati menjadi buruan bersama…

Krayon 5

Allahu Akbar..hujan..hm segala rezeki yang datang dari sisiMu adalah yang terbaik untuk hambaMu Ya Allah… Yang pasti masterpiece pertama aku dekat tangga kambing tu mesti dah terpadam dah..kalau tak pun mesti dah comot segala… Takpelah mungkin bukan tempatnya di situ.. It is very obvious right, Jid?

“Jidah, napa pandang langit ada komet melintas ke? Hehe, afwan ana bergurau ya ukhti.. tunggu siapa lagi?” prep baru usai ni, semua, tengah berkemas bagai, kelas dah mulai kosong dah. Dalam kelas Ibnu Khaldun 1 ni, hanya seramai 9 orang puteri je, sekarang tinggal 6 lagi, yang 3 tu mungkin dah berdedai pulang juz now.. berdedai? Kui3..
“Tak tunggu sapa-sapa pun, anti dah nak berangkat ke? Saing?”Pelawanya..
“Memang itu pun harapan ana ya ukhti,afwan sohibati kami pulang dulu ye,” ujar Qibti pada the remaining, Sajjidah sekadar tersenyum..

Krayon 4

Saat prep malam tu, macam buntu nak tolong Ariff kelas sebelah selesaikan soalan addmath tu.. sebab mungkin tak cukup prepare petang tadi, terlampau kelamkabut koz nak siapkan paperwork ‘IKTIKAF PERDANA’ yang dirancang tu. Tak sangka pulak yang Akhi Amar kata Ustazah Mahani nak la tu jugak.. sebbaik dah siap 4 hari lepas tinggal tancap sikit-sikit je lagi, tu pun haru cam lipas kudung koz homework masih membukit menanti ditarah membentuk lebuhraya kejayaan..cewah..anologi..tak tahan… tapi nilah akibatnya, tak dapat rasanya nak bantu Ariff la ni, serius buntu..
“Akhi, ana rasa better kita berhenti dulu sekejap je, kita dah pass 18 soalan dah tadi tu, dah oklah tu, ana rasa macam dah terover duniawi je ni..Kita tilawah jap lah, mau?,” Bila buntu memang itu yang dicari oleh anak-anak SAA, serupa juga bila kelapangan, untuk menambah atau orang kata, menopup amalan wajib dengan amalan sunat, mutabaah.. Walaupun bukan semua..
“Ok jugak tu akhi, ana pun dah tepu ni, ana asif jiddan menyusahkan anta ye? Surah ape hari ni?” Dia turut menggeliat meregangkan otot badan, dari tadi berteleku depan digit semata..Tutorial bersama Amri inilah yang banyak membantu dia meningkat sedikit demi sedikit dalam killer subjek ni, Alhamdulillah..
“Sambung bacaan masing-masing la akhi, ana mula dulu ye? Surah 3:187, start, dua muka seorang ye? Salah tegur..,” Ariff masih mencari..
Pencariannya terhenti, muka Amri dijeling sebentar lalu tersenyum, “Tafaddhal, insyaAllah,”

Krayon 3

Hampir je usai ni, sikit lagi, rasa cam kira masterpiece juga ni, dengan harapan malam ni tak hujan lah…
Dia leka melorek krayon sana sini di atas simen tu, dari secomot-comot coretan tanpa lakaran pertama kini dah nampak dah macam ada ikan dalam lopak air sungai dalam dimensi ciptaan krayonnya.. Tancap sana sini sikit-sikit siaplah ni.. Hii, bestnye, dapat port baru… boleh buat hobi…Kui3…

What the…? Sajjidah? Apa dia buat tu? Biar betul minah ni? Ush, haru kalau dia nampak aku ni.. Mana-mana nak sorok?

“Hm, dah settle Alhamdulillah.. Ya Allah aku mohon ampun padaMu atas segala khilaf hambaMu dan aku berharap agar perlakuanku ini bukan termasuk dalam merosakkan alam ciptaanMu dan menyusahkan manusia hambaMu yang lainnya… Amin..,” tanpa sedar diri termonolog luaranlah pulak.. takpe dah pukul berapa dah ni? Eh, tadi macam ada orang main bola sepak… Allah, haru..
Haru kalau ada muslimin yang ternampak aku kat sini ni.. hush.. Eh jap, nape kalut? Buat dosa ke?

Sajjidah? Conteng lantai? Vandalism ke?

Sat, betul ke ape aku buat ni, Vandalism ke?
Dan dalam mengira-ngira tu, dia terus je melangkah ke aspuri.. Setengah jam lagi dah nak Maghrib.

Selamat dia tak nampak engkau Amri, tak haru mengintai anak dara orang? Hush, bunyi macam jahat je… Apa yang disosehkan si Sajjidah tadi tu ye?
No fudge..
Saat dia nampak sketch krayon atas lantai tu gambar ikan berlatarkan air kali, memang speechless…Ni kreatif tahap srikandi ni…. Nice..

Dalam diam dia yang tak teringin nak padamkan sketch tu pun turut melangkah pulang ke bilik, sat lagi nak Maghrib, alamat kena mandi dulu kot, jap gi dah siap mandi bawa turun baju skul, gosok pastu straight to Musolla.. dan tanpa sedar hatinya turut berdetik berdoa.. Semoga malam ni tak hujan….

Krayon 2

Stret..stret,shepik,shepik,stru,stru…[bunyi apa agaknya?huhu]…
Bunyi apa tu.. macam haru je.. baru kul 6 lebih ni takkan ada benda merepek-merepek kat tepi padang ni..Allah, Amrillah apa yang kau merepek ni.. Astaghfirullah..

Dalam sedar kaki dihayun melepasi deretan pasu bunga Alamanda yang menghalang laluan terus ke tangga kambing di tepi padang tu.. Mengintai tuan punya action..
Freeze..! Sajjidah… What the..?

Krayon

START 03NOV2009
00:56AM
ROOM TI
WITH NASRI’S DAUGTHERS

DEALIVETH(Saya Harap Luka Mereka Cepat Sembuh)


Fuh, berasap sih..dah la kena bantai ngan coach suruh lari keliling padang koz lambat turun practice tadi..ni mana pulak aku letak aku punya hand grip ni…

“Amri! Awak mahu pusing padang lagi ke?! Apa yang tercegat lagi tu..” coach nilah…tapi memang tak boleh salahkan dia… Aku yang problem..
“ Maaf coach, saya silap..” akur..
“Takpe, cepat amik posisi sayap kiri, jaga Imran tu.. Hari ni kita cuba posisi tu pulak..”Tak tahu kenapa Amri ni selalu lewat, dia memang berpotensi tapi selalu lewat.. Mana boleh bertolak ansur camni.. Kena tanya ni..

Mana hand grip tu..
“Am, apa yang kau tonggang-tonggeng mencari tu? Mencari sinar hidayah ke?” Hee, Tam nilah kan..balas jangan tak balas..
“Aku tak pasti nak gitau kau ke tak tapi yang pasti kau yang kena cari escape entrance dalam masa 2 minit ni sebab pas aku dapat cari aku punya handgrip ni, memang aku kejar kau sampai dapat, sangkut kat tiang bendera skul sampai kau sejat kat situ..” Huhu, haru betullah budak Amri ni, nak balas dendam kat akulah tu pasal tendang bola kat dia tadi..
“No offense ok? Aku xsengaja, dari hati aku cakap ni Am,” Memang aku tak sengaja..
“And no offense gak, aku bukan kisah pun. Kita anak lelaki kan? Khalifah bumi Allah, acuan qudwah Rasulullah..,insyaAllah,” dan kembali..
“Alhamdulillah, Am, ni aku nak tanya sikit ni, kenapa kau selalu lewat turun padang? Kita kena lebih serius tau.. match dah dekat ni, berbahang-bahang ni, first time SAA masuk game..,” Dan aku amat faham Tam, sebagai kapten team, dialah paling nervous akan match ni..
“Aku lewat sebab kena siapkan sikit kerja sekolah tadi lepas Asar, aku minta maaf tapi Abang Hamzah memang suruh aku siapkan dulu sebelum turun tadi.. Itu satu kemestian kan? Dan aku bukan nak bagi alasan apa-apa, tapi kau arif kan pasal keadaan dan jadual aku..”

Dan dari penjuru atas tangga kambing tu, Iman yang bena tak bena sebentar tadi turut mendengarkan perbualan 2 orang sahabat itu. Merangkumi jawapan kepada soalan yang turut dipersoalkan olehnya sebentar tadi.

Hm, macam tu ke.. budak Amri nilah memang tak boleh dipadankan dengan sifat mazmumahlah, sayangnya, ibu yang seharusnya sejuk perut melihatkan anak didikan dan asuhannya ni, dah menghadap Ilahi..

Hidup Amri memang sangat-sangat tersusun kat sekolah tu.. Dan Iman pun arif pasal tu. Even dia bukan seorang staf di sekolah tu, tapi dalam latihan demi latihan, anak yang bernama Amri ini semakin dalam dia kenali..

“Oklah Tam, aku kena balik ni, jap lagi nak gune bilik gosok lagi, insyaAllah kita jumpa kat musolla ye, Tam hari ni gitau pada Syad, aku request dia jadi imam Isyak boleh? Maghrib takpe aku cover.. Tolong sampaikan..” Dan tugas sebagai pelapis Exco Musolla BADAR tak diabaikan..
“InsyaAllah, ni, Am, esok aku?,” separuh berharap. Rindu rasanya..
“InsyaAllah.., Maghrib Isyak kalau kau tak keberatan lah..,” terbuka siapa yang mahu.
“Alhamdulillah..,insyaAllah,” Tam mengangguk perlahan sambil turut menyusun langkah mengikut Amri yang mula beredar gak tu..
Baru sekejap tadi Abang Iman beredar dengan motornya, tamatnya sesi latihan pada 6:20 petang ni, memang memberi sedikit kelapangan buat mereka.
“Afwan ya akhi, ana mohon maaf salah khilaf, atas kekasaran bahasa dan perlakuan sebentar tadi..,” ujar Amri sambil menghulurkan salam tanda mohon kemaafan..
“La baksa, ana asif jiddan atas salah khilaf juga ye? Mohon dimaafkan ye akhi?,” Begitulah mereka setiap kali usai sesi latihan dan ketika bila-bila pun ingin berpisah walaupun sebentar.. Ruhi Islamiah menyubur dalam diri meski terkadang terkurang dalam perlakuan harian.. Moga Alllah menerima perkataan ampun daripada sesama hambaNYA..

***********************

Words of Life.

In the name of Allah the Most Gracious, the Most Merciful.
End up here, putting all my thoughts into words.
Building this only seeking for His ridho. Only hoping sun will shine in Palestine, rain will pour in Yamen, wind will breeze in Cairo and Islam back on stage again.
To Him, I dedicate my soul, my life and its journey, my death, my solah, my pray and only to Him i knelt with humble.
My All, Him.