Thursday, April 1, 2010

Krayon 10

“Assalamualaikum sohibati yang ana sayangi.. Kaifa halukum?,”
“Alhamdulillah, nahnu bikhoir..Wa anti?,” Selepas berbalas-balas khabar antara akhowat, pengisian mereka dimulakan.. Perbahasaan antara mereka mudah, menggunakan bahasa Malaysia di selitkan bahasa Inggeris dan bahasa Arab asas yang amat mudah, memandangkan bukan semua ahli usrah ini terdiri daripada aliran sains agama.. Dan dia juga hanya belajar sedikit dari Along, Abi dan Uminya.. Dan kalau nak diikutkan dia pun tak berpeluang menagmbil subjek bahasa Arab komunikasi sewaktu PMR dulu dan dirasakan itu amat-amat merugikan.. Sayang.. Bahasa Arab kan bahasa Al Quran.
Kalau ikutkan, memang terkilan tak masuk sekolah agama since Form 1 tapi aturan Allah tu kan indah, sekarang dia di SAA. Dan Bahasa Arab asas menjadi kewajipan bagi semua pelajar walaupun bukan berorientasikan SPM.
Dan usrah hari tu tetap juga berjalan seperti biasa.

No comments:

Post a Comment