Thursday, April 1, 2010

Krayon

START 03NOV2009
00:56AM
ROOM TI
WITH NASRI’S DAUGTHERS

DEALIVETH(Saya Harap Luka Mereka Cepat Sembuh)


Fuh, berasap sih..dah la kena bantai ngan coach suruh lari keliling padang koz lambat turun practice tadi..ni mana pulak aku letak aku punya hand grip ni…

“Amri! Awak mahu pusing padang lagi ke?! Apa yang tercegat lagi tu..” coach nilah…tapi memang tak boleh salahkan dia… Aku yang problem..
“ Maaf coach, saya silap..” akur..
“Takpe, cepat amik posisi sayap kiri, jaga Imran tu.. Hari ni kita cuba posisi tu pulak..”Tak tahu kenapa Amri ni selalu lewat, dia memang berpotensi tapi selalu lewat.. Mana boleh bertolak ansur camni.. Kena tanya ni..

Mana hand grip tu..
“Am, apa yang kau tonggang-tonggeng mencari tu? Mencari sinar hidayah ke?” Hee, Tam nilah kan..balas jangan tak balas..
“Aku tak pasti nak gitau kau ke tak tapi yang pasti kau yang kena cari escape entrance dalam masa 2 minit ni sebab pas aku dapat cari aku punya handgrip ni, memang aku kejar kau sampai dapat, sangkut kat tiang bendera skul sampai kau sejat kat situ..” Huhu, haru betullah budak Amri ni, nak balas dendam kat akulah tu pasal tendang bola kat dia tadi..
“No offense ok? Aku xsengaja, dari hati aku cakap ni Am,” Memang aku tak sengaja..
“And no offense gak, aku bukan kisah pun. Kita anak lelaki kan? Khalifah bumi Allah, acuan qudwah Rasulullah..,insyaAllah,” dan kembali..
“Alhamdulillah, Am, ni aku nak tanya sikit ni, kenapa kau selalu lewat turun padang? Kita kena lebih serius tau.. match dah dekat ni, berbahang-bahang ni, first time SAA masuk game..,” Dan aku amat faham Tam, sebagai kapten team, dialah paling nervous akan match ni..
“Aku lewat sebab kena siapkan sikit kerja sekolah tadi lepas Asar, aku minta maaf tapi Abang Hamzah memang suruh aku siapkan dulu sebelum turun tadi.. Itu satu kemestian kan? Dan aku bukan nak bagi alasan apa-apa, tapi kau arif kan pasal keadaan dan jadual aku..”

Dan dari penjuru atas tangga kambing tu, Iman yang bena tak bena sebentar tadi turut mendengarkan perbualan 2 orang sahabat itu. Merangkumi jawapan kepada soalan yang turut dipersoalkan olehnya sebentar tadi.

Hm, macam tu ke.. budak Amri nilah memang tak boleh dipadankan dengan sifat mazmumahlah, sayangnya, ibu yang seharusnya sejuk perut melihatkan anak didikan dan asuhannya ni, dah menghadap Ilahi..

Hidup Amri memang sangat-sangat tersusun kat sekolah tu.. Dan Iman pun arif pasal tu. Even dia bukan seorang staf di sekolah tu, tapi dalam latihan demi latihan, anak yang bernama Amri ini semakin dalam dia kenali..

“Oklah Tam, aku kena balik ni, jap lagi nak gune bilik gosok lagi, insyaAllah kita jumpa kat musolla ye, Tam hari ni gitau pada Syad, aku request dia jadi imam Isyak boleh? Maghrib takpe aku cover.. Tolong sampaikan..” Dan tugas sebagai pelapis Exco Musolla BADAR tak diabaikan..
“InsyaAllah, ni, Am, esok aku?,” separuh berharap. Rindu rasanya..
“InsyaAllah.., Maghrib Isyak kalau kau tak keberatan lah..,” terbuka siapa yang mahu.
“Alhamdulillah..,insyaAllah,” Tam mengangguk perlahan sambil turut menyusun langkah mengikut Amri yang mula beredar gak tu..
Baru sekejap tadi Abang Iman beredar dengan motornya, tamatnya sesi latihan pada 6:20 petang ni, memang memberi sedikit kelapangan buat mereka.
“Afwan ya akhi, ana mohon maaf salah khilaf, atas kekasaran bahasa dan perlakuan sebentar tadi..,” ujar Amri sambil menghulurkan salam tanda mohon kemaafan..
“La baksa, ana asif jiddan atas salah khilaf juga ye? Mohon dimaafkan ye akhi?,” Begitulah mereka setiap kali usai sesi latihan dan ketika bila-bila pun ingin berpisah walaupun sebentar.. Ruhi Islamiah menyubur dalam diri meski terkadang terkurang dalam perlakuan harian.. Moga Alllah menerima perkataan ampun daripada sesama hambaNYA..

***********************

No comments:

Post a Comment