Thursday, April 1, 2010

Krayon 6

Dalam perjalanan pulang ke aspuri tu, Qibti, merencanakan sesuatu bersama Sajjidah berkenaan sohibati mereka.. Dalam Ibnu Khaldun 1, boleh dikatakan hanya dia dan Sajjidah yang berona Islami..sikitlah..yang lain mungkin belum tiba lagi, tengah loading kata orang..

“Ukhti, ana rasalah macam tak berkesan sangat pendekatan kita yang pertama tu.. ana rasa kita try plan B kot, kalau tak dapat ajak akhowat, kita ajak ikhwah.. Bunyi macam haru, kena guna methode yang betul lah..,”usul Qibti,Sajjidah diam mendengar. Bukan caranya memotong percakapan orang sesuka hati..
“Apa pendapat ukhti?,” Sajjidah, Nurul Ilmi Sajjidah AlMansoori… Memang geliga dengan idea,juga ligat dalam bertindak, kadang-kadang bila awan biru datang menjenguk dia dah tak pandang dah gambar rajah skeleton favourite yang terlakar dalam planner tu..sebaliknya akan kidnap krayon dia dan tetiba hilang kemana-mana ntah.. bila balik je ada je kertas A3 yang dah terlakar.. selalunye dialah yang akan menjadi penunggu kertas A3 tu, dia ni natural born artist tahu…
“Pada pendapat ana Qibti, kita go on dulu ngan plan kita yang sedia ada ni, sebab, ana rasa ada je progress pada akhowat kita, kalau anti tengok Ani,Iffah,Tisam,Juai dah selalu nampak kat musolla dah, dalam kelas pun dah berpada.. sekarang ana tengok, Tisam dan Juai, dah start pakai handsock bila turun banquet, sedangkan Ani dan Iffah lagi improve, mereka dah register under sukarelawan TiKAAyT[Titian Kasih Anak-anak Yatim] under BADAR. Ana gembira begitu.. Kalau ikutkan Imra dah pun konsisten taklim musolla, halaqoh wajib mingguan dia memang on lah.. InsyaAllah.. untuk Imra kena dampingi rapat lagi lah, ikat hati.. Yang mungkin kena usaha further lagi, Isma dan rakan-rakan, ana rasa Ezaura tu, dah lembut dah tu hatinya, tapi sebab kawan dia ignore je.. Hm, ana rasa kita go on je.. Dan ana tak rasa kalau kita ubah focus pada ikhwah itu akan memudahkan kita bahkan sebaliknya, ana tak rasa itu turut berbaloi..tapi itu pendapat ana ya ukhti, anti berhak juga didengari..,” Hm, macam professional pun ada aku ni, sapa kata aku ignorance? Know enough for not to be an ignorance..:-)
“Wah, ukhti, ana tak sangka, dan ana pun tak berapa peka pasal perubahan Tisam dan Juai..Ana xperasan pun, tapi pasal Ezaura memang ana perasanlah yang dia pun ada aura nak join the krew tapi prohibited..Hm, kalau gitu ana rasa kita setuju dengan pendapat anti lah, go on je, plus extra observation on subject..hehe..macam mana nak tarik Ezaura?,” Focus baru..
“Ana rasa kita perlu lebih dekat dengan dia, ana cadangkan apa kata esok kita ajak dia lunch kat banquet sama-sama nak?,”Usul Sajjidah mentah, hakikatnya ada lagi yang bersarang di sebalik kata-katanya tu..
“Tapi ukhti, mereka bertiga, macam tak wajar je nak ajak Ezaura seorang..,” Hm..
“Ana xmaksudkan kita ajak Ezaura sahaja dan ana kurang yakin yang dia akan follow kita, apa yang ana maksudkan, kita yang perlu buat-buat terlunch dengan mereka bertiga.. Alang-alang focus, biar sekaligus, rezeki kita, kalau semua turut terikat nanti, insyaAllah, hanya Allah je yang tahu..
“Macam mana nak buat-buat terlunch tu?,”
Hm begitulah sehariannya, mereka sangat jarang membiarkan masa yang berlalu dalam kalangan mereka terisi dengan perbualan lagha, sebaliknya cube berinovasi dengan idea pembangunan maslahah umat, dalam skop yang lebih serius dalam kalangan rakan sekelas.. InsyaAllah, mujahidah Islam sejati menjadi buruan bersama…

No comments:

Post a Comment