“InsyaAllah, saya minta kamu siapkan report biologi kamu ni dan hantar pada saya hari Rabu sebelum pukul 5 petang ye? Macam biasa, jangan lupa tandatangan selepas hand in report kamu tu.. Minggu ni sahaja ada 3 orang yang terpaksa saya cut 2 markah report sebab takde bukti mereka hantar sendiri report tu.. Man jadda wa jadda, wa man zaro’a khosada aiwa.. Sapa yang berusaha akan berjaya, dan siapa yang menanam akan mendapat hasilnya.. Sebelum tu, Ikhwan, kamu ikut ke meja saya, ambil report minggu lepas ye?” ujar cikgu Mardhiah.
“InsyaAllah cikgu, in that case, biar saya tolong bawakan buku-buku dan barang-barang ni teruslah cikgu..”Ujar Ikhwan, si Ketua Kelas, eh Erm, Ketua Tingkatan, ye kot, class representativelah..
“InsyaAllah, kita jumpa hari Khamis ni InsyaAllah, sehingga hari itu, cikgu harap kamu jaga diri baik-baik dan sentiasa bermuhasabah diri.. Assalamualaikum..,” Itulah cikgu Mardhiah, kalau tanya ngan para senior, ni antara cikgu yang digemari..
Aku pun kagum ngan dia ni, muka tenang semedang, ikut petua dia, macam biasalah, solat malam… Hm memanglah.. Eh, Allah,lupa aku nak tanya pasal mindmap aku..
“Ikhwan, tolong berikan ni pada Sajjidah ye? Cakap kat dia bagus.. Kirim salam juga pada dia.. Terima kasih Ikhwan..,” Cikgu Mardhiah menyerahkan beberapa roll kertas kepadanya..
“InsyaAllah cikgu, tapi maaf saya bertanya, apakah ini?”soal Ikhwan ingin tahu.. Pelik je dah macam budak sains teknikal punye gumpal kertas je…
“Mindmap dia. Cikgu rasa boleh je kalau Ikhwan nak tengok ambil ibrah.. Bagus, clear dan menarik..,” ujar cikgu Mardhiah sambil tersenyum nipis.
“Terima kasih cikgu, saya balik ke kelas dulu ye? Assalamualaikum..,” Dalam perjalanan pulang ke kelas, Ikhwan meng-unwind roll kertas tu, dan freeze! Biar benar, budak Sajjidah ni.. ada ke, wush, tak wajar, ni mindmap ke, artpiece nak papar kat muzium seni Negara? Sangat-sangatla lawa.. ada gambar skeleton berlatarbelakangkan proses kejadian janin.. Gila lah, 2 mindmap satu paper, denagan warna yang mangai, haru biru tullah.... Sajjidah? Dia punya ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment