Thursday, April 1, 2010

Krayon 7

Sajjidah, hujan malam ni.. Apalah jadi pada art minah tu agaknya?

Sajjidah, 4 bulan lalu ketika dia dan rakan-rakan baru melangkah ke tingkatan empat di SAA ni, dia dan Sajjidah turut ditempatkan dalam satu kelas yang sama, aliran sains tulen, Ibnu Khaldun 1, tapi umi dulu pernah berpesan mahu dia meneruskan aliran agamanya jadi dia mohon transfer ke Ibnu Sina selepas seminggu di Ibnu Khaldun 1, dan sempat juga dia mengintai peribadi seorang Sajjidah di taman larangan.. Moga Allah menjaga hambaNya yang leka ini daripada terjatuh ke kancah yang gelap.. Nauzubillah…

Cuma hari ini, apa yang dapat dilihatnya akan perlakuan si gadis sebentar tadi macam tak tally pada Sajjidah yang memanglah agak kurang dikenali tapi tak perlu further studies sampai ke Auckland untuk mengagak persis apa perangai gadis yang seorang tu kan?
Secretive,pemalu, hm actually tak berapa kenal sangat pun…

Biar diperah-perah akal memang tak boleh nak terima yang orang yang dilihat di tangga kambing petang tadi adalah Sajjidah.. Dengan Art? Hello, Art and science cube bayangkan, macam susah je nak selarikan.. Ke dia bukan Sajjidah? Ish takkanlah… Ish Astaghfirullah…dah pukul berapa ni, tak boleh jadi ni, Nauzubillah, asyik teringat kepada yang bukan muhrim ni kenapa Amrillah? Nak tilawah japlah, masalah hati ni..

Dan usai menyiapkan apa yang patut, dia pun melabuhkan tirai hari ni untuk bersedia menyambut tirai hari esok..
Dengan tahajud..

No comments:

Post a Comment