Tepat pukul 3:45 dinihari, dia terjaga dengan automatic.. usai memakai tudung dan menyarung stoking langkah diatur ke musolla blok.. Yang pasti di sana mungkin sudah ada sahabat yang mula sujud kepadaNYA..
Pili air dipulas, memuntahkan air yang dapat digunakan untuk memberus gigi dan berwuduk. Tadi tak ternampak Qibti, mungkin lewat sikit hari ni.. Dia off hari ni..
Hari ni, Sabtu, cuti tapi pukul 9 pagi sat lagi ada usrah perdana.. Lepas qiam ni, sebelum masuk fardhu Subuh, akan ada sikit briefing daripada Kak Mawar,, akan pengisian hari ni, Ketua Badar Muslimat itu amat dihormati dalam kalangan akhowat musolla kerana ketegasan dalam kelembutannya, bahkan dia turut menyimpan niat untuk menelusuri teladan ukhti tu satu hari nanti, insyaAllah..
Hari ini, sujudnya panjang, sujudnya mengenang akan cinta Rabbnya.. Cinta yang tak pernah kurang apatahlagi pudar, sujud yang mengeluh akan kelemahan penghidupan dan methode perjalanan, sujud yang menggarap doa terhadap kedua orang tuanya, kejayaan adik-adik, keselamatan dunia akhirat dan kekuatan meneruskan usaha dalam perjalanannya, sujud yang menangisi kehilangan Angahnya..Hanya ditujukan kepada Rabbnya. Moga Allah melindungimu Angah di mana pun Angah berada..
“InsyaAllah, ya akhowat uhibbukum fillah, para naqibah yang ana hormati, untuk pengisian hari ni, kita akan sampaikan tentang niat ikhlas dan akan turut membedah Surah AlHujuurat, 49, ayat 10, iaitu pengisian yang telah kita terima daripada para Murobbiah masing-masing dua minggu lepas, namun jika antunna ada apa-apa persoalan berbangkit boleh bertanya pada, Ustazah Asmahan. hm, sedikit penambahan di sini, turut maklumkan anak usrah antunna akan program Sehari Bersama Mengenali Sahabat yang akan diadakan pada Ahad minggu hadapan. Butiran program telah ana print dan fotocopykan nanti ana akan distribute pada antunna ye?,”matanya meneliti satu persatu wajah sahabatnya pada pagi itu.. Dalam wajah yang pucat akibat kesejukan itu, ada sinar yang terpancar dari sujud tahajud mereka. Walaupun tidak dianugerahi keistimewaan membaca perwatakan orang namun, tidak perlu belajar sampai ke Auckland untuk meneka rasa tawadhuk dalam wajah-wajah tersebut.. Bagi yang uzur, lidah turut tak lekang daripada kalimah tasbih dan tahmid.. Alhamdulillah…
“InsyaAllah, ada persoalan ya ukhti fillah?,”soalnya melihat sohibati yang tekun meneliti butiran program yang diedarkan sebentar tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment